PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat melanda lapan negeri sehingga pukul 7 malam ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Yan dan Pendang di Kedah manakala di Perak adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim turut terjejas.
“Selain itu, hujan lebat turut dijangka di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang turut terlibat.
“Cuaca buruk itu berterusan di Kuala Langat dan Sepang, Selangor selain Segamat, Pontian dan Johor Bahru di Johor,” katanya.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat berterusan melanda Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.
“Bagi Sabah, keadaan sama berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu),” katanya. –KOSMO! ONLINE














