fbpx
Anwar di Dewan Rakyat hari ini. Foto JABATAN PENERANGAN

Dakwa Malaysia serah tanah kepada Indonesia satu penipuan jahat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dakwaan konon Malaysia menyerah tanah seluas 5,207 hektar kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga buah kampung di kawasan Nunukan, Sabah-Kalimantan tidak benar dan merupakan satu penipuan yang berniat jahat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, asas penentuan sempadan darat antara Malaysia dengan Indonesia adalah berdasarkan dua konvensyen dan satu perjanjian, bukan bersandarkan prinsip pampasan, timbal balik atau untung rugi.

“Untuk keseluruhan Sabah dan Sarawak, konvensyen persempadanan antara kerajaan British dan Belanda, Konvensyen Sempadan 1891, manakala untuk Sabah, perjanjian persempadanan antara kerajaan British dan Belanda, Perjanjian Sempadan 1915.

“Untuk sebahagian kecil sektor di Sarawak, konvensyen persempadanan antara kerajaan British dan Belanda yang telah ditandatangani di Hague pada 26 Mac 1928, Konvensyen Sempadan Convention 1928.

“Bagaimana penentuan jajaran persempadanan di kawasan Sempadan Belum Dimuktamadkan (OPB), Sungai Sinapat, Sungai Sesai yang menjadi isu ketika ini adalah berdasarkan kepada Konvensyen Sempadan 1891 dan Perjanjian Sempadan 1915,” katanya pada sesi penerangan khas isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Anwar berkata, prinsip yang terkandung dalam perjanjian tersebut adalah penentuan sempadan berdasarkan kedudukan muara Sungai Sinapat dan Sungai Sesai di garis latitud 4 darjah 20 minit utara.

Menurut beliau, utara garis latitud 4 minit 20 utara adalah di bawah British Sabah, manakala di selatan garis latitud 4 minit 20 utara adalah di bawah Belanda, Indonesia.

Beliau menegaskan bahawa kawasan OPB sebelum ini tidak boleh dianggap sebagai milik mana-mana negara kerana statusnya merupakan kawasan rundingan yang belum dimuktamadkan sejak sekian lama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN