fbpx
Suksintharanon ingin membina taman tema dinosaur sekiranya beliau memenangi pilihan raya umum Thailand. - Instagram

Ahli politik Thai janji bina Jurassic Park jika menang pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang ahli politik di Thailand merancang untuk membina sekurang-kurangnya sebuah taman tema dinosaur di empat wilayah utama bagi ‘memulihara’ spesies tersebut sekiranya beliau memenangi pilihan raya umum, lapor portal berita Thaiger. 

Pilihan raya umum Thailand dijadualkan berlangsung Ahad ini. 

Calon Parti Alternatif Baharu, Mongkolkit Suksintharanon, 44, mengumumkan manifesto tersebut menerusi hantaran di platform Facebook baru-baru ini. 

Selain daripada memulihara dinosaur, Suksintharanon ingin menaik taraf dan membesarkan saiz replika haiwan itu. 

Beliau menambah bahawa taman-taman itu akan menjadi tarikan pelancong terutamanya peminat sejarah. 

Hantaran mengenai manifesto itu mencatatkan lebih 13,000 tanda suka dan 2,000 komen, dengan rata-rata pengguna menyindir janji calon tersebut. 

“Hebat. Semalam, anak saya berumur empat tahun selesai menonton filem Jurassic Park dan mengatakan perkara sama seperti yang anda katakan,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN