fbpx
Tangkap layar video yang dikongsikan @Aku Penjaga Nenek di TikTok

[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Faizah…hiburkanlah hati saya,” demikian permintaan seorang warga emas wanita yang sedang terlantar di atas katil, meminta penjaganya menghiburkan diri ketika keuzuran.

Momen penuh emosi itu dirakam penjaga warga emas berkenaan dikenali sebagai Faizah yang dikongsikan di TikTok @Aku Penjaga Nenek tampil menghiburkan wanita tersebut dengan menyanyikan lagu klasik Malam Pesta Muda Mudi nyanyian Allahyarham Puan Sri Saloma.

Dalam rakaman berkenaan, warga emas itu kelihatan baring sambil memandang wajah Faizah yang bersungguh-sungguh menyanyi dengan gaya bersahaja, sekali gus menceriakan suasana sunyi di dalam bilik.

Gelagat Faizah yang menyanyikan lagu tersebut nyata berjaya mencuit hati warga emas berkenaan sehingga kedengaran gelak kecil tanda terhibur.

Lebih menyentuh perasaan, warga emas itu sempat bertanyakan sama ada penyanyi asal lagu itu adalah Saloma atau sebaliknya.

“Saloma kan? Saloma dah mati,” soalnya.

Dalam rakaman itu, turut kedengaran suara warga emas berkenaan menyanyi walaupun liriknya tidak tepat.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa sebak dan terharu selain menyifatkan keikhlasan Faizah sebagai contoh penjaga terbaik.

“Bukan semua penjaga sanggup melayan emosi orang tua. Ini bukan hiburan biasa, ini terapi jiwa,” komen Alisya.

“Sedap pula suara akak, nyanyi untuk saya pula,” seloroh Iqa.

“Faizah, hiburkanlah saya…dengan suara Nobitanya. Comel,” kata @awanbiru. – KOSMO! ONLINE

@akupenjaganenek Apa kena kamu paksa ? Usah paksa . Apa ? Tak Faham ? Ye ler , kamu jer betul . Orang lain salah . Yer , Janji . Kamu ler #akupenjaganenek Usah ngata-ngata Berdosa 😭 Berdoa ✅ Moga Allah beri kesihatan yang baik pada kita untuk terus beribadah kepadaNya. Aamiin #jalanterus ♬ original sound – Aku penjaga nenek

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI