fbpx
Seorang lelaki direman untuk membantu siasatan kes bunuh eksekutif bank di Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

Suspek kes bunuh eksekutif bank dicekup dalam bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Polis berjaya menahan seorang pemuda yang disyaki terlibat dalam kejadian bunuh seorang eksekutif bank di Taman Sultan Abdul Halim, Tanjung Bendahara, di sini semalam.

Suspek berusia 29 tahun dipercayai anak sulung mangsa ditangkap ketika berada di dalam sebuah bas persiaran di Kilometer 441.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan pada pukul 8.34 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, lelaki itu ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian terbabit ketika dia dalam perjalanan menuju ke Selangor.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh wanita berusia 52 tahun yang ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tikaman di bahagian perut, payudara dan pergelangan tangan selain lebam dan luka pada anggota badan lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syed Basri berkata, suspek turut memiliki satu rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah, namun ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadapnya negatif.

Sementara itu, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 9 Februari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Nur Syifa Mohd. Hamzah di Mahkamah Majistret Alor Setar selepas permohonan dibuat oleh pihak polis pagi tadi.

Akhbar ini melaporkan mangsa, Zahrullail Basir, 52, ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman serta kesan luka dan lebam dalam kejadian yang disedari berlaku pada pukul 8.45 pagi di rumahnya.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN