fbpx
MFORCE merasmikan pusat servis motosikal terbesar di Malaysia, berkeluasan 77,000 kaki persegi di Jalan Segambut Tengah, Kuala Lumpur.

Mforce buka pusat servis motosikal terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mencatatkan pencapaian baharu menerusi perasmian Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Segambut Tengah, Kuala Lumpur kelmarin. 

Dengan keluasan keseluruhan 77,000 kaki persegi (7,153 meter persegi), fasiliti Mforce Kuala Lumpur merupakan pusat servis motosikal terbesar di Malaysia, direka bagi menyokong kapasiti penyelenggaraan berskala tinggi ser ta meningkatkan kecekapan operasi. 

Berteraskan konsep pusat sehenti, ia menawarkan kemudahan komprehensif termasuk ruang pameran Mforce Gallery yang mempamerkan 16 susun atur pelbagai jenama di bawah M force, ruang menunggu pelanggan yang selesa, CR Cafe, restoran, pusat alat ganti serta gudang penyimpanan. 

Pusat itu turut dilengkapi Motorcycle Inspection Test Bench bernilai RM1.5 juta, yang membolehkan pemeriksaan menyeluruh terhadap aspek keselamatan dan keadaan motosikal termasuk sistem brek, pencahayaan serta penjajaran badan, sejajar dengan piawaian industri. 

Menurut Mforce, kemudahan sokongan seperti surau, tandas serta ruang pameran dan jualan produk LS2 dan Mforce Oil turut disediakan bagi melengkapkan pengalaman pelanggan.

“Keseluruhan kos pembinaan mencecah RM40 juta, mencerminkan komitmen jangka panjang Mforce dalam memperkukuh rangkaian perkhidmatan serta sokongan selepas jualan. 

“Fasiliti ini dijangka mula ber operasi sepenuhnya dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan. 

Sempena pelancaran tersebut, Ketua Pegawai Operasi Mforce, Asri Ahmad turut meng umumkan cadangan penubuhan program Mforce Experience Club, bertujuan menyokong aktiviti kelab motosikal Mforce serta menjadi saluran penyampaian maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan terkini. 

Pendaftaran keahlian secara dalam talian akan dibuka bermula 15 Februari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI