fbpx
ABBAS ketika menghadiri pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin di Moscow pada 22 Januari lalu. – AFP

Mahmoud Abbas umum pilihan raya PLO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAMALLAH – Presiden Palestin,  Mahmoud Abbas mengumumkan pilihan raya akan diadakan pada 1 November 2026 untuk memilih ahli Majlis Kebangsaan Palestin(PNC) yang merupakan Parlimen Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), lapor agensi berita rasmi Wafa semalam.

Ini adalah kali pertama ahli majlis berkenaan akan dipilih melalui undi popular secara langsung, manakala sebelum ini mereka dilantik atau dijemput dari dalam PLO.

Abbas  yang merupakan Presiden Pihak Berkuasa Palestin dan PLO, mengeluarkan dekri menyatakan : “Pilihan raya akan diadakan di mana sahaja mungkin, sama ada di dalam atau luar Palestin, untuk memastikan penyertaan seluas mungkin rakyat Palestin di mana sahaja mereka berada.”

PNC telah lama berkhidmat sebagai Parlimen dalam buangan PLO.

Ia didominasi oleh kumpulan Fatah iaitu pergerakan politik Abbas yang diasaskan bersama oleh Allahyarham Yasser Arafat, pemimpin bersejarah Palestin yang meninggal dunia pada tahun 2004.

Pergerakan Hamas dan Jihad Islam Palestin, yang bukan ahli PLO, tidak diwakili dalam majlis tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN