fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan bungkusan plastik dan kertas berbalut rapi dijumpai atas pintu kedai.

Jumpa ‘pelaris’ atas pintu masuk kedai baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penemuan bungkusan plastik misteri berbalut rapi yang diletakkan di pintu masuk sebuah kedai mengundang kebimbangan seorang wanita sebagai penyewa kedai baharu.

Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut mempersoalkan tujuan plastik berkenaan yang dibungkus bersama tulisan tangan pelik, sekali gus menimbulkan spekulasi buruk.

“Ada sesiapa tahu ini apa? Jumpa betul-betul atas pintu masuk kedai. Plastik ni berbungkus. Pelaris ke? Pelindung ke? Kami pindah masuk kedai baharu ini,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan dipercayai sudah membakar plastik dan kertas tersebut selepas dinasihatkan orang ramai di media sosial.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen termasuk rata-rata pengguna turut menasihatkan agar tidak percaya akan perkara khurafat.

“Pelaris kedai itu jangan dibuka, nanti ganggu kehidupan harian awak. Semoga terhindar jauh daripada perkara-perkara negatif,” komen @Hana_rahim97.

“Ini namanya wafak. Macam tangkal tapi konsepnya guna kalimah Islam dan huruf Arab. Boleh jatuh khurafat sebab percayakan benda ini berbanding Allah,” komen @Izhamznl.

“Kebiasaannya wafak. Tapi jangan buka benda ini sembarangan. Takut benda itu ada penjaga, boleh minta ustaz tolong kalau risau sangat,” komen @Aineymasri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI