fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan beberapa pegawai DBKL keluarkan saman parkir di Bangsar, semalam.

‘Hari ini cuti ganti, bukan cuti umum’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Hari ini cuti ganti, bukan cuti umum.”

Itu reaksi ramai selepas melihat beberapa pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan saman parkir di Bangsar, hari ini.

Menerusi hantaran di Threads, beberapa pegawai DBKL mengeluarkan saman terhadap kenderaan yang parkir sembarangan dipercayai menyangka hari ini merupakan cuti umum.

“DBKL tengah keluarkan saman parkir di Bangsar,” katanya.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menjelaskan kekeliruan hari cuti selain meluahkan rasa kesal dikenakan saman.

“Kerajaan dah mula kerja hari Isnin. Ada pekerja swasta ambil cuti, tapi ada yang kerja juga,” komen @Najwarasdi.

“Ini mesti pemandu-pemandu cuai dan tak tengok aplikasi parkir. Zaman dulu, memanglah main teka-teka sahaja untuk parkir,” komen @Hatifazim1.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan majikan yang memilih cuti perayaan Hari Thaipusam sebagai baki enam hari kelepasan am, perlu memberi cuti gantian pada hari ini, memandangkan terdapat pertindihan kedua-dua hari kelepasan am. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN