fbpx
Gambar hiasan

Ajal warga emas dilanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Seorang lelaki warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 57, Jalan Teluk Intan–Klang di sini, semalam.

Kemalangan kira-kira pukul 7 malam itu mengakibatkan mangsa tempatan berusia 71 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, mangsa ketika itu menunggang motosikal Yamaha Lagenda di bahu jalan sebelum dirempuh sebuah Nissan Sentra yang dipercayai hilang kawalan.
“Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Inspektor Mohd. Shaifuddin Mohd. Nor di talian 017-6645812 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN