fbpx
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Dr. Zulkifli (dua kanan) dan Ahmad Fauwaz (kanan) di Istana Negara, hari ini. - Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

Agong terima menghadap Menteri Agama di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini.

“Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama Islam, pelaksanaan program pembangunan ummah serta inisiatif pengukuhan syiar Islam di peringkat Persekutuan.
“Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee dan Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN