JELI – Kira-kira 50 pelajar didakwa mengalami histeria selepas melakukan aktiviti keagamaan dalam kejadian di sebuah sekolah ber-asrama di sini, awal pagi kelmarin. Kejadian berlaku selepas kumpulan pelajar terbabit mengadakan program bacaan surah Yasin pada malam tersebut. Ibu salah seorang pelajar dikenali sebagai Azira, 45, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya yang terdengar bunyi bising pelajar menjerit. Menurutnya, anaknya turut memaklumkan suasana ketika itu agak kelam kabut dengan setiap pelajar menghubungi ibu bapa masing-masing. “Wakil…














