fbpx
Seekor tapir 300 kg mati dilanggar di Kilometer 8, Jalan Bandar Al-Muktafi Bilah Shah-Paka, berhampiran Kampung Santong, Dungun semalam.

Tapir 300 kg mati dilanggar Volkswagen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seekor tapir jantan mati selepas dirempuh sebuah kereta jenis Volkswagen di Kilometer 8, Jalan Bandar Al-Muktafi Bilah Shah-Paka, berhampiran Kampung Santong, di sini malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 10 malam tersebut, haiwan dilindungi berkenaan mati akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Pemandu kereta Volkswagen yang merupakan seorang guru lelaki berusia 49 tahun terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, anggota agensinya segera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kemalangan tersebut.

“Pemeriksaan mendapati tapir jantan seberat 300 kilogram (kg) telah mati akibat kecederaan parah dilanggar. Kita percaya kereta terlibat gagal mengelak haiwan dilindungi tersebut yang dikatakan tiba-tiba melintas jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN