fbpx
Ahmad.

SDE empat lorong capai 55 peratus, sasar hingga hujung laluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Kerajaan komited usaha menaik taraf Lebuh Raya Senai Desaru (SDE) kepada empat lorong akan diteruskan sepenuhnya hingga ke penghujung laluan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, setakat hari ini projek menaik taraf Lebuh Raya SDE daripada dua lorong kepada empat lorong dari Jambatan Sungai Johor hingga ke Sungai Semencu yang sedang dilaksanakan telah mencapai kemajuan sebanyak 55 peratus.

“Kita berharap agar ada sambungan sekarang ini (naiktaraf) daripada Sungai Johor ke jambatan Sungai Semencu dan mungkin ada berita baik kemudian biarlah Menteri umumkan.

“Saya dan kita rakyat Johor sangat berharap agar lebuh raya ini sampai ke penghujungnya memiliki jalan empat lorong,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di tapak projek menaiktaraf lebuhraya SDE hari ini.

Ahmad berkata, usaha itu sudah pasti memberikan kesan yang baik kepada SDE dan juga kawasan Desaru sebagai salah sebuah pusat pelancongan Johor.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI