Petrol dan minyak masak merupakan antara dua komoditi utama kategori barangan rampasan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 di Kelantan sepanjang tahun 2025. Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas lebih 90,198 liter petrol dengan nilai rampasan sebanyak RM195,961 dan lebih 50 tan minyak masak bersubsidi bernilai RM127,100 sepanjang tahun lalu. Kesemua barangan kawalan tersebut berjaya dirampas KPDN Kelantan sebelum diseludup ke Thailand sekali gus mengelakkan kerugian dan ketirisan hasil subsidi yang dikhaskan kepada rakyat……














