fbpx
QABIL bakal bersaing di ETC musim baharu nanti selepas cemerlang menawan saingan ESBK musim lalu. - FB ZK RACING

Qabil bakal gegarkan saingan ETC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA muda negara, Qabil Irfan Azlan sudah boleh menarik nafas lega apabila urusan mengenai pasukan baharu dalam saingan European Talent Cup (ETC) sudah hampir diselesaikan sepenuhnya.

Perkara itu disahkan pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin yang menyifatkan pasukan tersebut merupakan salah sebuah pasukan kompetitif dan mampu memberikan cabaran kepada pelumba-pelumba lain.

Zulfahmi berkata, pihaknya tidak boleh mengumumkan nama pasukan itu buat masa sekarang dan ia mungkin akan didedahkan seawal-awalnya minggu depan sebelum saingan ETC memulakan saingan Mei depan.

“Alhamdulillah kita sudah selesaikan urusan dengan pasukan untuk saingan European Talent Cup tetapi kita tidak boleh umumkan lagi. Insya-Allah dalam masa terdekat, mungkin minggu hadapan kita akan umum pasukan Qabil.

“Apa yang saya boleh cakap, pasukan ini adalah pasukan kompetitif. Memandangkan European Talent Cup bermula pada Mei, maka fokus utama kami adalah perlumbaan Asia di Buriram Februari nanti,” katanya.

Pada saingan musim lalu, Qabil mencipta sensasi apabila menjadi juara keseluruhan bagi saingan ESBK Talent 2025 selepas mengutip 252 mata, jauh meninggalkan pencabar terdekat dari Switzerland, Alessio Arnold (191 mata).

Sementara itu, Zulfahmi turut menyuarakan keyakinan pelumba berusia 14 tahun berkenaan turut memiliki kemampun untuk memberikan cabaran dalam saingan Asia Talent Cup (ATC) musim ini.

“Saya yakin Qabil boleh menjadi pencabar untuk saingan ATC musim ini. Sekarang saya dalam fasa untuk membawa Qabil berlatih sepenuhnya di Sepang kerana memiliki fasiliti cukup lengkap,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN