fbpx
Saifuddin Nasution.

PKR ibarat kapal, letak kepercayaan pada kapten – Saifuddin Nasution

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seluruh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa meletakkan kepercayaan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengemudi hala tuju parti tersebut.

Ahli Biro Politik PKR yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR ibarat sebuah kapal dan Anwar adalah kaptennya.

“Saya ibaratkan Keadilan (PKR) seperti sebuah kapal. Sudah tentu ada kapten yang memimpin haluan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita pula anak-anak kapal. Masing-masing ada tugas, ada tanggungjawab,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Saifuddin Nasution menegaskan, setiap ahli PKR perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dan meletakkan kepercayaan kepada kapten untuk memastikan perjuangan parti berjalan lancar.

“Bila setiap orang buat kerja dengan betul dan letakkan kepercayaan pada kapten, insya-Allah kapal akan bergerak lancar dan sampai ke destinasi.

“Tapi kalau duduk dalam kapal, pada masa yang sama ada yang cuba tebuk lantai, bayangkan sendiri apa jadi. Kapal takkan ke mana, malah semua boleh tenggelam,” katanya.

Beliau menambah bahawa setiap peranan dalam parti mempunyai makna dan setiap usaha memberi kesan dengan menekankan kepentingan fokus, menjaga amanah dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Kalau semua fokus, jaga amanah dan buat kerja masing-masing, Insya-Allah perjuangan ini terus kuat dan sampai ke tujuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI