LIVERPOOL – Pengendali Newcastle United, Eddie Howe mengakui pasukanya sudah kehilangan ‘magis’ selepas tewas 1-4 kepada Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, awal pagi tadi.
Pada perlawanan itu, The Magpies bermula garang apabila mendahului 1-0 hasil jaringan Anthony Gordon, tetapi The Reds mempamerkan kebangkitan bergaya untuk memastikan pasukan pelawat tewas buat kali keenam di tempat lawan musim ini.
Menurut Howe, pasukan masih lagi dibelenggu dengan masalah berlangan iaitu gagal beraksi secara konsisten dengan barisan pemain gagal menerapkan taktikal yang sudah dirancang.
“Tidak boleh dinafikan kita sudah hadapi masalah yang sama sepanjang musim ini apabila tidak konsisten sepanjang 90 minit perlawanan terutama ketika beraksi di tempat lawan walaupun berjaya mendahului.
“Saya cuba untuk cari jalan penyelesaian dengan mengatur strategi berbeza tetapi kehilangan beberapa tonggak pemain ekoran kecederaan, buat kami tiada banyak pilihan (untuk membantu pasukan menang),” katanya.– AGENSI














