fbpx
SEMENYO memperlihatkan keserasian dan keyakinan untuk menjadi harapan baharu City dalam memburu jaringan. - AFP

EPL: Man. City yakin lebih sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester City boleh dianggap pasukan yang lebih pun sempurna untuk menghadapi Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur, awal pagi esok.

Penolong Pengurus Manchester City, Pep Lijnders menjelaskan kelab itu sudah mengharungi jendela perpindahan dengan cukup cemerlang dengan membawa masuk Antoine Semenyo dan Marc Guehi.

“Saya fikir kami sudah melakukan tugas kami dengan cemerlang apabila membawa masuk Antoine dan Marc di mana kami merasakan mereka menambah kekuatan pasukan. Kami sentiasa mencari seseorang yang mampu meningkatkan kualiti kesebelasan utama.

“Jika kami boleh cari pemain seperti ini, ia menandakan kami telah melakukan sesuatu yang bagus. Sudah pasti kami dapat meningkatkan kualiti pasukan dengan kehadiran pemain seperti mereka,” katanya.

Semenyo tidak perlu mengambil masa yang lama apabila dilihat sudah dapat menyesuaikan diri dengan keperluan strategi digunakan oleh City apabila berjaya meledak tiga gol dalam empat perlawanan setakat ini.

Dalam pada itu, Lijnders juga menzahirkan keyakinan bahawa penyerang sensasi mereka, Erling Haaland sudah kembali menemui sentuhan jaringan selepas kemarau sejak beberapa perlawanan lalu.

Penyerang antarabangsa Norway itu berjaya meledak satu gol ketika membantu City mencatat kemenangan 2-0 ketika menewaskan Galatasaray untuk mara ke pentas suku akhir Liga Juara-Juara secara automatik.

“Ia adalah mengenai keyakinan dan kita semua tahu kualiti yang dimiliki oleh Haaland untuk melakukan jaringan. Dia perlu sentiasa yakin dengan kemampuan sendiri dan jaringan itu pasti hadir,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN