fbpx
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran seluas 30 ekar yang memasuki hari kedua di Batu 13 Bukit Naning, Muar.

Cuaca, kurang sumber air cabaran padam 30 ekar hutan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Kebakaran hutan tanah gambut dan ladang kelapa sawit seluas 30 ekar di Batu 13 Bukit Naning, di sini, semalam menghadapi cabaran operasi memasuki hari kedua, hari ini.

Menurut Komander Operasi Penguasa Bomba II, Norshuhada Amasari, kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi semalam berdepan cabaran cuaca panas dan kekurangan sumber air.

“Hari ini kita membuka dua sektor baru iaitu C dan D, yang mana sebanyak 40 peratus di sektor C telah dipadam, manakala sektor D, sebanyak 10 peratus.

“Bagi sektor B, Alhamdulillah kebakaran sudah dipadamkan sepenuhnya sementara sektor A sebanyak 60 peratus kawasan telah berjaya dipadamkan.

“Pihak berkuasa telah menggunakan kaedah pemadaman darat, pam air serta pemantauan rapi sejak semalam bagi mengelakkan api merebak ke kawasan berhampiran seperti penempatan penduduk, ladang dan kawasan sensitif.

“Keadaan operasi agak mencabar yang mana struktur tanah gambut memakan masa untuk dipadamkan sepenuhnya selain kekurangan sumber air, cuaca panas dan tiupan angin yang menyebabkan api merebak di bawah permukaan tanah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Norshuhada, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, manakala operasi pemadaman ditangguhkan sementara pada pukul 7 petang ini dan akan di sambung semula esok pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN