MELBOURNE – Pemain No. 1 dunia, Carlos Alcaraz melakar sejarah apabila menjuarai Terbuka Australia sekali gus muncul pemain termuda melengkapkan Grand Slam selepas menewaskan Novak Djokovic di pentas final tadi.
Pada perlawanan yang berlangsung hampir empat jam itu, Alcaraz yang berusia 23 tahun mempamerkan kebangkitan di Rod Laver Arena untuk menang ke atas Djokovic dengan keputusan 2-6, 6-2, 6-3, 7-5.
Keputusan tersebut menyaksikan Alcaraz melengkapkan trofi Grand Slam dalam kariernya selepas turut mendominasi Terbuka Perancis, Kejuaraan Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.
Mengulas mengenai perlawanan, Alcaraz mengakui mentaliti yang kuat menjadi faktor utama dapat menjulang trofi berprestij itu selepas diberi tentangan sengit oleh Djokovic pada awal saingan.
“Pada set pertama, Djokovic beraksi dengan sempurna tetapi selepas itu dia banyak melakukan kesilapan yang memudahkan saya untuk bangkit,” katanya. – AGENSI














