fbpx
Anwar beramah mesra dengan penumpang ETS3 KTMB dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, hari ini.

Anwar tinjau perkhidmatan KTMB, respons amat memberangsangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima maklum balas positif daripada orang ramai ketika meninjau operasi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), hari ini.

Anwar berkata, beliau memanfaatkan cuti panjang sempena Hari Wilayah dan Thaipusam dengan meninjau operasi ETS3 KTMB dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

“Kesempatan ini digunakan untuk menyantuni para penumpang serta mendengar secara langsung pandangan dan maklum balas mereka mengenai perkhidmatan yang disediakan.

“Alhamdulillah, respons yang diterima amat memberangsangkan, khususnya terkait tahap keselesaan serta pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan tersusun,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Madani akan terus memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh perkhidmatan awam yang selamat, cekap dan mesra rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN