fbpx
Mohd. Khalid pada Program Community Policing Thaneeri Panthal PDRM 2026 di Kuil Subramaniam Swamy, Batu Caves di sini hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

Ahli ke-17 ‘Geng Kapten Praba’ ditahan di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Cubaan seorang lagi ahli kumpulan penjenayah Geng Kapten Praba melarikan diri dan bersembunyi di Thailand gagal apabila dikesan pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan pihak berkuasa Thailand kira-kira pukul 10.30 malam selepas tiba dari India.

“Kita telah bawa pulang seorang lagi ahli kumpulan Geng Kapten Praba. Hari ini kita akan bawa suspek ke mahkamah untuk permohonan reman,” katanya pada sidang akhbar Program Community Policing Thaneeri Panthal PDRM 2026 di Kuil Subramaniam Swamy, Batu Caves di sini hari ini.

Mohd. Khalid berkata, tangkapan itu menjadikan keseluruhan seramai 17 ahli kumpulan penjenayah terbabit yang ditahan pihak polis.

“Kita turut menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dan India, mereka akan menghubungi kita untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Kita masih mengesan 15 individu lagi yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan penjenayah berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan polis mempergiat usaha mengesan saki- baki kumpulan penjenayah Geng Kapten Praba yang dipercayai melarikan diri ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar dilaporkan berkata, pihaknya percaya suspek termasuk ketua kumpulan itu meninggalkan negara menggunakan laluan tidak rasmi.

Terdahulu, polis memburu ahli kumpulan Geng Kapten Praba menerusi OP Jack Sparrow selepas dipercayai menjadikan India dan Thailand sebagai lokasi persembunyian sejak September tahun lalu.

Pada 25 Januari lalu, seramai tiga ahli kumpulan itu ditahan di Mumbai, India, selepas cubaan untuk memasuki United Kingdom gagal, dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang sebaik tiba negara ini, Rabu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN