fbpx
Kisah Iris yang dikongsikan neneknya di Instagram.

[VIDEO] ‘Abi tak ada, tapi abi is around…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian seorang wanita mengenai kata-kata cucu perempuanya yang merindui arwah bapanya menyentuh hati ramai pengguna media sosial.

Menerusi video dikongsikan Shima Hashim di Instagram, wanita berkenaan merakam gelagat cucunya dikenali sebagai Iris yang dengan polos meluahkan hasrat untuk menyambut hari istimewa bersama arwah bapanya walaupun menyedari insan tersayang itu sudah tiada.

“Nanti malam ni boleh tak? Saya dengan abi dengan cinta, dengan mummy ‘blow the candle together’ (tiup lilin bersama).

“Abi tak ada tapi abi is around (ada di sekeliling) ini Jumaat kan? Abi ‘blow the candle with me and make a wish that I love my father’ (Abi tiup lilin dengan saya dan buat hajat, saya sayang Abi),” kata Iris.

Menurut wanita itu, baru-baru mereka sekeluarga selesai menziarahi kubur Allahyarham dan seperti kebiasaan, dia akan singgah untuk melihat Iris berehat.

“You are so excited and I think the whole school knows today is your birthday. Iris, oh Iris. And what more? You made a wish (Kamu sangat teruja dan saya rasa seluruh sekolah tahu hari ini hari jadi kamu. Iris, oh Iris. Dan lagi? Kamu telah membuat satu hajat),” tulisnya.

Walaupun kehilangan sosok seorang bapa, anaknya tidak pernah lupa tentang siapa lelaki hebat itu.

“Iris tak pernah lupa Abi and nek bonda tahu dalam lubuk hati paling dalam awak harapkan abi ada di sini kan sayang. This is your second birthday without abi (ini tahun kedua hari jadi awak tanpa Abi,” jelasnya.

Perkongsian itu nyata mengundang sebak dalam kalangan netizen yang rata-rata tersentuh dengan keikhlasan dan kefahaman seorang kanak-kanak tentang kehilangan, namun tetap menyimpan rasa cinta yang mendalam terhadap ayahnya.

“Anak kecil tapi jiwa dia besar. Cara dia faham tentang ‘Abi is around’ tu buat saya menangis,” komen seorang pengguna.

“Selamat hari jadi sayang, semoga kakak sentiasa dalam kasih sayang rahmat Allah SWT,” kata Qaseh Nurhumairah.

“Moga awak jadi anak solehah. Moga Allah berikan segala kebaikan dunia untuk awak. Moga cemerlang dunia akhirat,” komen Azizah Iqbal. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shimah Hashim (@pinkyamour)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN