KES bayi yang ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta selama hampir sembilan jam baru-baru ini sekali lagi merentap emosi masyarakat. Walaupun kes sebegini jarang berlaku, setiap insiden yang terjadi seharusnya menjadi peringatan keras bahawa kecuaian kecil boleh membawa akibat yang tidak terbayangkan. Isu ini bukan perkara baharu. Dari semasa ke semasa, kita dikejutkan dengan tragedi hampir sama yang mana bayi atau kanak-kanak tertinggal dalam kenderaan, sama ada ketika ibu bapa tergesa-gesa ke tempat kerja, rutin harian berubah atau……














