PELAKON juga penyanyi sensasi Bollywood, Nora Fatehi dikatakan sedang hangat bercinta dengan pemain bola sepak terkenal kelahiran Morocco, Achraf Hakimi.
Nora yang merupakan artis kelahiran Morocco dilihat menghadiri perlawanan bola sepak AFCON 2025 di negara itu yang melibatkan Achraf.
Dia dikatakan sanggup terbang ke Morocco hanya untul memberi sokongan kepada buah hati baharunya itu.
Spekulasi mengenai hubungan mereka bertiup kencang dilihat bersama dalam sebuah acara.
Lebih menguatkan spekulasi apabila Achraf yang merupakan pemain kelab Paris Saint-Germain dan kapten pasukan Maghribi, menyukai hantaran Instagram Nora semasa perlawanan AFCON 2025.
Namun sehingga kini, kedua-duanya belum membuat kenyataan rasmi tentang status hubungan mereka. Achraf sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon asal Sepanyol Hiba About, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun dan dikurniakan dua orang anak lelaki.














