fbpx
QUARTARARO

MotoGP: Quartararo angkat kaki ke Honda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perlumbaan MotoGP 2026 belum lagi membuka tirainya secara rasmi, namun drama perpindahan pelumba bagi musim 2027 mula ‘meletup’ selepas dikaitkan laporan perpindahan berprofil tinggi membabitkan dua bekas juara dunia.

Pelumba sensasi Yamaha, Fabio Quartararo dikatakan bersedia meninggalkan pasukan Jepun untuk menyertai musuh tradisi, Honda bermula 2027.

Lebih mengejutkan, Yamaha bertindak pantas apabila bakal memuktamadkan perjanjian untuk mengikat juara dunia edisi 2024, Jorge Martin yang kini mewakili Aprilia untuk menggantikan kekosongan bakal ditinggalkan Quartararo.

Menurut laporan, Quartararo, 26, bersetuju menandatangani kontrak dua tahun bersama Honda bagi musim 2027 dan 2028.

Keputusan pelumba kelahiran Perancis itu dipercayai didorong oleh kekecewaan berterusan terhadap prestasi jentera Yamaha M1 gagal menyaingi dominasi Ducati, selain hubungan yang dikatakan semakin dingin dengan pengurusan baharu di bawah Paolo Pavesio.

Situasi itu menyaksikan Yamaha segera mengalihkan fokus kepada Martin walaupun dia kini bergelut dengan masalah kecederaan dan prestasi tidak menentu bersama Aprilia.

Yamaha melihat pelumba Sepanyol itu sebagai calon paling layak mengetuai cabaran mereka di era baharu 850cc pada 2027 nanti.

Martin yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-28, dilaporkan sedang melengkapkan butiran akhir kontrak dua tahun bersama pengeluar dari Jepun itu.

Dalam masa sama, kedudukan Alex Rins di Yamaha juga goyah dengan spekulasi kini mula mengaitkan bintang WorldSBK, Toprak Razgatlioglu sebagai calon rakan sepasukan Martin.

Di Honda, pengeluar itu dikatakan sedang menilai semula kedudukan Joan Mir dan Luca Marini sebelum membuat keputusan mengenai siapa bakal bergandingan dengan Quartararo kelak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN