fbpx
Gambar fail menunjukkan pintu masuk sempadan Rafah dengan Mesir di selatan Semenanjung Gaza pada 27 Ogos 2023. - AFP

Lintasan Rafah dibuka semula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAHERAH – Israel akan membuka semula pintu sempadan Rafah di Gaza dengan Mesir untuk kedua-dua arah bermula esok, yang membolehkan pergerakan terhad orang awam selepas dua tahun ditutup, lapor portal berita Middle East Monitor. 

Tentera Israel berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang dikepung.

“Selaras dengan perjanjian gencatan senjata dan arahan daripada peringkat kepimpinan politik, lintasan Rafah akan dibuka Ahad ini (esok) di kedua-dua arah bagi pergerakan terhad orang awam sahaja,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.

Ia menambah bahawa urusan keluar dan masuk ke Gaza melalui lintasan tersebut akan diselaraskan dengan Mesir dan tertakluk kepada pelepasan keselamatan awal oleh Israel, di bawah pengawasan misi Kesatuan Eropah.

Tentera Israel menambah bahawa pembukaan semula lintasan itu juga akan membenarkan kepulangan penduduk yang meninggalkan Gaza semasa perang, berikutan penyelarasan dengan Mesir dan selepas mendapat kelulusan keselamatan Israel.

 

Setakat ini, tiada sebarang ulasan segera daripada pihak berkuasa Palestin atau Mesir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI