fbpx
SEBAHAGIAN aksi menarik antara Kuching City dan Negeri Sembilan di Stadium Negeri, Kuching, sebentar tadi.

Liga Super: Kuching City ‘cakar’ Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kuching City terus mengekalkan aksi hebat selepas cemerlang mengatasi Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Negeri, Kuching, sebentar tadi.

Kemenangan itu memastikan The Cats berkongsi 31 mata dengan Selangor FC sekali gus memberikan motivasi terbaik sebelum menyambung saingan Piala Malaysia bertemu DPMM FC, 7 Februari ini.

Walaupun memulakan perlawanan dengan baik, kesilapan pertahanan pelawat, Amirul Adli Azmi membuat hantaran ke belakang pada minit ke-10 membuka ruang buat Gabriel Nistelrooy Tamin meledak gol pembukaan Kuching City.

Walaupun memperoleh beberapa lagi peluang, Kuching City gagal menambah jaringan untuk berpuas hati dengan satu gol sepanjang 45 minit pertama.

Kira-kira 21 minit selepas aksi bersambung, usaha tuan rumah membuahkan hasil apabila tonggak importnya, Ronald Ngah Wanja merobek gawang Negeri Sembilan buat kali kedua.

Dalam aksi di Stadium Hasaanal Bolkiah, DPMM FC gagal memanfaatkan kelebihan di laman sendiri apabila diikat 1-1 oleh Melaka FC.

Perlawanan bermula dengan agak baik buat DPMM FC yang berjaya mencipta beberapa peluang terbaik namun terpaksa menanti hingga minit ke-27 untuk membuka jaringan menerusi Syafiq Ahmad.

Tersentak dengan gol itu, Melaka FC yang dikendalikan oleh bekas jurulatih Harimau Malaya, E. Elavarasan menggandakan usaha untuk memburu gol penyamaan.

Selepas sering dikecewakan pada 45 minit pertama, Melaka FC hanya memerlukan lapan minit di babak kedua untuk merobek gawang tuan rumah menerusi Ahmed Ayman Shamsaldin Abdalazem. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI