fbpx
Gambar hiasan.

Keputusan peperiksaan STAM diumum Khamis ini – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 akan diumumkan pada Khamis ini.

KPM dalam satu kenyataan berkata, kesemua calon boleh memperoleh keputusan itu daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh berkenaan.

Katanya, bagi calon persendirian, mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk memperoleh keputusan tersebut.

“Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan STAM 2025 mulai pukul 10 pagi, 5 Februari (Khamis) sehingga pukul 6 petang, 11 Februari (Rabu).

“Keputusan peperiksaan juga boleh diperoleh melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888,” katanya di sini hari ini.

Sistem tersebut juga akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi, 5 Februari sehingga pukul 6 petang, 11 Februari (Rabu). Seramai 4,443 calon mendaftar untuk menduduki STAM 2025 di 135 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI