fbpx
Tangkap layar video memaparkan lelaki tersebut ditolak kekasihnya sehingga jatuh ke dalam tasik di Bangi.

Kalau perempuan tu jatuh, pasti masuk berita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah rakaman video memaparkan sepasang kekasih bertengkar sehingga berakhir dengan insiden seorang lelaki ditolak jatuh ke dalam tasik mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.

Menerusi video berdurasi 37 saat yang dimuat naik pengguna TikTok, Zaidiwalton semalam, kelihatan pasangan terbabit sedang mengalami perselisihan faham di kawasan rekreasi berhampiran sebuah tasik sebelum keadaan semakin tegang.

Rakaman tersebut menunjukkan wanita berkenaan dilihat menolak lelaki terbabit sehingga terjatuh ke dalam tasik, sekali gus mengundang kejutan kepada individu yang berada di lokasi kejadian.

“Kejadian yang tidak disangka time joging dekat taman, taman port (tempat) orang bercinta,” kata Zaidiwalton.

Difahamkan kejadian berlaku di Taman Tasik Cempaka, Bangi.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan berjaya naik semula ke darat tanpa bantuan pihak lain.

Rata-rata netizen memberikan pelbagai pandangan dengan ada yang menganggap insiden tersebut sebagai contoh konflik perhubungan yang tidak sepatutnya dipertontonkan di khalayak awam.

“Kalau lelaki jatuh, orang gelak. Kalau perempuan yang kena, lain pula ceritanya. Pasti masuk berita,” komen seorang pengguna.

“Apa perasaan lelaki kalau kena macam ini? Sebab kita orang perempuan kalau tengah marah tak boleh kawal emosi,” kata @Rehanqlatey97.

“Kalau aku jadi lelaki tu, hidup motor (motosikal) balik. Merajuk la hang (kamu) sampai bila hang nak merajuk tu,” seloroh @Paktam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN