SUDAH lebih lima tahun Cahaya Nilam memasuki industri hiburan tanah air, namun baru kini namanya mula mencuri perhatian ramai. Tahun lalu dia menjadi perhatian selepas membintangi drama Bukan Ipar Sempurna dan Seoul Cinta siaran slot Akasia TV3. Tahun ini pula, Cahaya menyerlah menerusi drama seram, Susuk Rupawan menerusi stesen sama. Ketika sesi penggambaran muka hadapan ini dilakukan, Cahaya atau nama lengkapnya Cahaya Nilam Puteri Noor Eddie Putera masih dalam emosi penggambaran drama 60 episod Mencari Isteri Sempurna untuk tayangan Astro.…














