fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, angin kencang di Selangor, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di Selangor dan Sarawak, petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 4 petang ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat,” katanya.

Cuaca buruk sama turut dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching) dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN