fbpx
Ahmad Mohsin (kiri) menunjukkan barang kes pecah rumah dilakukan Geng Rahim Burma di sekitar negeri Perlis di IPD Arau, hari ini.

Geng Rahim Burma tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Polis menumpaskan kumpulan jenayah dikenali sebagai Geng Rahim Burma dengan penahanan 11 individu yang disyaki aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar negeri ini sejak setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, tangkapan hasil Op Pintu itu membabitkan tujuh lelaki dan dua perempuan warga Myanmar, seorang wanita warga Indonesia serta seorang lelaki warga tempatan.

“Kumpulan ini disyaki terbabit dengan sekurang-kurangnya 15 kes pecah rumah di kawasan Arau dan Padang Besar. Suspek utama dikenali sebagai Rahim bekerja sebagai tukang rumah dipercayai memainkan peranan penting mengenal pasti sasaran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Arau, di sini hari ini.

Kata beliau, kumpulan itu sering menyasarkan rumah di atas tanah lot sebelum melarikan barang berharga serta wang tunai, malah sebuah premis kediaman milik individu bergelar datuk turut menjadi sasaran Geng Rahim Burma.

“Tangkapan pertama 16 Januari lalu di sekitar Perlis yang membawa tangkapan susulan pada 23 dan 24 Januari terhadap beberapa suspek di Kuala Lumpur yang mempunyai kaitan dengan kenderaan digunakan dalam jenayah tersebut.

“Pelbagai barangan dirampas termasuk sebuah Perodua Alza, telefon bimbit pelbagai jenama, barang kemas, jam tangan, duit tunai tempatan serta mata wang asing dengan nilai keseluruhan hampir RM100,000,” ujarnya.

Tambahnya, polis turut merampas peralatan pecah rumah seperti pemotong besi, penukul, pemutar skru dan besi kuku kambing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN