fbpx
LAWSON (kiri) bersama gandingannya, Arvid Linblad pada sesi pengenalan jentera baharu untuk musim depan. - AFP

F1: Lawson yakin kemampuan VCARB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Pelumba Racing Bulls, Liam Lawson menyuarakan keyakinan tinggi terhadap perkembangan jentera VCARB 03 yang dianggapnya kini berada pada tahap jauh lebih baik berbanding ujian pertama.

Pelumba New Zealand itu berpuas hati dengan tahap ketahanan jentera baharu sepanjang sesi ujian pramusim tertutup di Litar Barcelona-Catalunya, yang disifatkannya sebagai satu pencapaian penting dan membuktikan pasukan itu sedang melakukan lonjakan prestasi.

“Kami terus belajar. Jelas sekali kami melakukan peningkatan besar, begitu juga pasukan lain. Ini adalah jentera yang sangat berbeza, namun kami berada di kedudukan yang jauh lebih baik berbanding Isnin dan itu yang paling utama,” katanya.

Pasukan yang menggunakan enjin Red Bull Ford itu mempamerkan aksi terbaik apabila mengumpul data membabitkan jarak keseluruhan sekitar 1,267 kilometer menerusi gandingan Lawson dan rakan pemandu rookie, Arvid Lindblad.

Lawson mengakui mereka telah mencapai sasaran diinginkan pasukan dan ujian ketahanan jentera dianggap sebagai satu permulaan positif.

“Dari segi jangkaan prestasi berbanding pasukan lain, ia masih sukar diramal. Namun, perkara asasnya adalah kami berjaya melengkapkan jumlah pusingan dimahukan dan belajar apa yang perlu mengenai kereta ini,” jelasnya.

Racing Bulls kini mempunyai tempoh hampir dua minggu untuk menganalisis segala data yang diperoleh di Sepanyol sebelum ujian rasmi pertama berlangsung di Bahrain bermula 11 hingga 13 Februari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI