fbpx
LIVERPOOL sedia meneruskan momentum terbaik dalam saingan pentas Eropah menjelang pertemuan menentang Newcastle awal pagi esok. - AFP

EPL: Slot tagih semangat UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot berharap pemain-pemainnya dapat mengekalkan aksi sempurna ketika berdepan Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi esok.

The Reds menampilkan aksi cukup baik ketika membelasah Qarabag 6-0 pada perlawanan terakhir liga sepusingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kelmarin, sekali gus mara ke pusingan 16 terbaik secara automatik.

Memandangkan misi utama mereka untuk mara ke pusingan 16 terbaik sudah dicapai, Slot kini mengalihkan sepenuh tumpuan ke arah aksi Liga Perdana, terutamanya selepas mereka tewas 2-3 kepada Bournemouth minggu lalu.

“Inilah apa yang kami mahukan dalam Liga Juara-Juara, iaitu untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati. Sekarang kami boleh menarik nafas lega kerana misi itu sudah berjaya diselesaikan.

“Saya harap aksi seperti ini dapat diteruskan ketika kami bertemu Newcastle nanti. Bagaimanapun, pemain-pemain perlu sedar bahawa Newcastle merupakan pasukan yang lebih kuat berbanding Qarabag,” katanya.

Tambah pengendali dari Belanda itu lagi, anak-anak buahnya perlu memperkemaskan penyudah di depan gol memandangkan aspek berkenaan menjadi antara kelemahan terbesar Liverpool dalam liga musim ini.

“Jika kami boleh meningkatkan kemampuan ketika berada dalam kotak penalti, pastinya ia membuatkan pasukan lawan sukar untuk berdepan kami. Kami tidak boleh untuk terus mensia-siakan peluang terhidang,” ujar Slot. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN