fbpx
Antara kontena e-waste yang disita di Pelabuhan Barat, Klang.

Cubaan seludup 225 tan e-waste gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Cubaan menyeludup enam kontena berisi 225 tan sisa elektronik atau e-waste terbongkar selepas disita pihak berkuasa di Pelabuhan Barat di sini, semalam.

Perkara itu dikesan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menerusi operasi bersepadu bersama beberapa agensi kerajaan, kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sembilan kontena di pelabuhan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan kemudian menahan enam kontena yang membawa dagangan tersenarai sebagai larangan mengimport mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar.

“Semua kontena itu mengandungi sisa e-waste dan kabel wayar antaranya papan litar, fius, tembaga serta wayar kuprum dengan anggaran berat dagangannya berjumlah 225,597 kilogram (kg),” katanya hari ini.

Tambah beliau, kontena e-waste berkenaan akan ditempatkan di kawasan selamat sementara menunggu notis dari Jabatan Alam Sekitar bagi tujuan pengeksportan semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN