fbpx
Guru berkenaan dibawa ke Hospital Alor Gajah oleh pihak bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut, pagi tadi.

Bomba angkat guru obesiti 350kg lemah dalam bilik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu memindahkan seorang guru obesiti dengan berat badan kira-kira 350 kilogram di rumahnya di Taman Sri Gemilan, Kuala Sungai Baru, awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.56 pagi memaklumkan mangsa berada di dalam bilik air dan tidak mampu bergerak.

Katanya, sepasukan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Zaidi Kadiron dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kita dapati seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun berada dalam keadaan lemah di bilik air dan tidak mampu bergerak walaupun dibantu isteri untuk mengangkatnya.

“Mangsa merupakan pesakit obesiti dengan anggaran berat 350 kilogram yang memerlukan bantuan khas pasukan bomba untuk mengangkatnya keluar dari bilik air yang agak sempit,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujarnya, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memindahkan lelaki terbabit menaiki lori angkut bomba.

“Mangsa memerlukan masa untuk bertenang kerana menahan kesakitan akibat jangkitan kuman pada kaki selain mengidap asma.

“Isteri mangsa memaklumkan suaminya merupakan seorang guru dan mengalami demam sejak lebih seminggu lalu serta berehat di rumah selepas mendapat cuti sakit,” ujarnya.

Katanya, mangsa kemudian dibantu dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN