fbpx
FIGUEIREDO (tengah) kembali membantu JDT selepas hukuman penggantungan ditangguhkan ketika mereka mengatasi Shan United kelmarin.

ACC: Trio warisan inspirasi kemenangan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

‘KEPULANGAN’ semula tiga pemain warisan menyertai skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi impak positif sekali gus membawa kejayaan menewaskan Shan United 3-0 pada aksi Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium Sultan Ibrahim, malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, Hector Hevel dan Joao Figueiredo masing-masing membuat satu bantuan gol yang disempurnakan oleh Oscar Arribas dan Bergson Da Silva, manakala Jon Irazabal beraksi cemerlang sebagai tunjang barisan pertahanan JDT.

Menurut Bergson, kehadiran trio pemain warisan itu tepat pada masanya ketika pasukan akan berdepan jadual padat tidak lama lagi.

“Saya gembira untuk mereka setelah dapat beraksi semula bersama pasukan khususnya Joao (Figueiredo). Dia seorang pemain yang bijak dan kami saling dapat membaca pergerakan antara satu sama lain.

“Malah, dia turut memberikan ‘assist’ kepada saya pada perlawanan itu, saya merasa berbesar hati dapat berkongsi padang dengannya dan berharap akan kerap digandingkan bersama.

“Kehadiran semula mereka bertiga ini memberi tonik buat pasukan, kami tahu bagaimana mereka menjadikan pasukan lebih baik di dalam dan juga di luar padang, harap mereka cepat kembali ke prestasi terbaik mereka,”ujarnya.

Pada perlawanan itu, JDT bergelut untuk memecah kebuntuan, namun dengan kemasukan ayam tambatan kelahiran Brazil itu, Harimau Selatan berjaya meledak tiga gol dalam masa lima minit.

Menurut penyerang kelahiran Brazil itu, bukan mudah untuk menentang pasukan yang bermain secara bertahan sepanjang perlawanan dan JDT terpaksa bekerja keras untuk merungkai barisan pertahanan itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN