DI sebalik impak kuat yang ditinggalkan, siapa pernah menyangka watak Tina lakonan Rani Mukerji dalam filem Kuch Kuch Hota Hai arahan Karan Johar sebenarnya pernah ditolak seramai lapan orang aktres.
Karan dalam sebuah rancangan bual bicara berkata, penolakan berlaku kerana masing-masing enggan menjadi pelakon pembantu.
Asalnya watak Tina ditulis untuk teman baik Karan iaitu Twinkle Khannam, namun dia enggan melakonkan watak itu.
“Siapa sangka saya kena ‘reject’ paling banyak untuk filem pertama saya. Lapan aktres menolak untuk berlakon watak Tina, walaupun saya sudah jelas betapa pentingnya watak Tina dalam Kuch Kuch Hota Hai.
“Hari ini saya berterima kasih kepada mereka semua kerana menolak watak tersebut,” katanya.
Antara aktres terkenal yang dikhabarkan menolak watak Tina adalah Aishwarya Rai, Urmila Matondkar, Karishma Kapoor, Tabu, Raveena Tandon dan Shilpa Shetty.
Hasil penolakan ramai, akhirnya rezeki Tina menjadi milik Rani selepas dicadangkan pengarah terkenal, Aditya Chopra.
Siapa sangka watak Tina telah melonjakkan nama Rani Mukherji dalam industri perfileman Bollywood dan dia menerima banyak anugerah menerusi watak tersebut.














