JAKARTA – Seorang wanita menerima wang 927 juta rupiah (RM217,609) selepas menjual barang kemas yang dibelinya sejak berpuluh-puluh tahun lalu, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dikongsi di platform TikTok oleh akaun @tokomasgintarbrayan menunjukkan seorang wanita dipercayai pemilik kedai emas sedang mengira jumlah keseluruhan barang kemas berdasarkan harga semasa.
Pemilik kedai emas berkata, koleksi barang kemas itu dibeli oleh pelanggan pada harga 41 juta rupiah (RM9,625) pada tahun 2001.
Selepas mengira harga semasa, nilai koleksi tersebut meningkat kepada 927 juta rupiah.
Rakaman itu mencatatkan lebih 2.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Saya perlu menyimpan emas,” kata seorang netizen.
“Ini adalah peringatan untuk menyimpan emas untuk jangka panjang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














