fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan seorang wanita meninggal dunia dalam perjalanan pulang selepas menunaikan umrah, Rabu lalu.

[VIDEO] ‘Ibu meninggal dalam penerbangan, terima kasih Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Terima kasih Ya Allah bagi masa bersama mak tunaikan umrah selama 9 hari.”

Itulah reaksi anak kepada seorang wanita yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang selepas menunaikan umrah, Rabu lalu sekali gus mencetuskan rasa hiba.

Perkongsian di TikTok, memaparkan wanita tersebut meninggal dunia dalam keadaan duduk dipercayai selepas mengambil wuduk untuk solat subuh.

“Allah sayangkan mak, berehatlah. Terima kasih Ya Allah bagi masa bersama mak untuk menunaikan umrah selama 9 hari. 9 hari yang takkan pernah dilupakan,” katanya.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia selepas mengambil wuduk untuk solat subuh dan telah selamat dikebumikan di Tumpat, Kelantan.

Menerusi ruangan komen, ramai yang mengucapkan salam takziah dan mendoakan segala urusannya dipermudahkan.

“Mesti dalam hatinya, ‘Ya Allah, terima kasih beri aku kesempatan untuk menunaikan rukun Islam yang terakhir’,” komen @Denell.

“Apa agaknya kebaikannya. Salam takziah untuk ahli keluarga. Saya menangis tengok video ini sebab saya pun berangkat untuk tunaikan umrah besok,” komen @Lujieee2288. –KOSMO! ONLINE

@lauk53banyak #Arwah ♬ original sound – MKM14 – Madam Rose Sha

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN