fbpx
Tangkap layar video dimuat naik oleh band Flow dari Jepun yang menggunakan suara latar Madnor.

[VIDEO] Bukan hanya Gen Z, band Flow dari Jepun pun guna suara Mdnor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suara pempengaruh media sosial, Madnor yang sering menjadi audio latar bagi konten pengguna media sosial terutama Gen Z turut digunakan oleh Flow, iaitu satu band rock popular dari Jepun.

Menerusi hantaran pada Instagram Flow Official Japan, ahli band tersebut memuat naik konten sedang bersiap di dalam bilik dan mereka bergegas bangun sebaik suara Madnor atau nama sebenarnya, Muhammad Noor Zakaria dijadikan suara latar video konten tersebut.

“Kami dah bangun dan sedia nak kerja,” menurut kapsyen yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Video itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial dari Malaysia yang tidak menyangka, Flow menggunakan suara latar Madnor untuk konten mereka.

“Yooo, ini epik,” komen pengguna Instagram Hariz David.

“Abang Madnor ‘mendonia’, ‘jwanji’ (ejaan janji gaya Madnor sebut),” komen Yuuko Farhanah.

“Terkejut sis, ingat salah tengok akaun,” kata Arifah.my.

Band Flow ditubuhkan pada 1998 terdiri daripada lima ahli turut popular dalam kalangan peminat muzik Jepun di Malaysia khususnya penggemar animasi atau anime dari negara itu.

Mereka turut menyumbang lagu anime popular Naruto dan Naruto Shippuden seperti Go, Sign dan Re:member, malah sering ke Malaysia untuk persembahan konsert di sini. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FLOW (@flow_official_japan)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI