PETALING JAYA – Seorang wanita di Indonesia untung besar apabila memperoleh wang kira-kira 927 juta rupiah (RM217,502.65) hasil menggadai emas miliknya yang dibeli dengan harga 41 juta rupiah (RM9,622) sekitar tahun 2000-an.
Keuntungan emas diperoleh wanita itu turut mengejutkan pemilik kedai emas tersebut yang berkongsi video pada TikTok Toko Mas Gintar Brayan di Medan, Indonesia.
“Hampir sesak nafas, tak tahu nak cakap apa. Waktu beli semua tahun 2001, 2004, 2005 dan 2006. Untung 886 juta rupiah (RM207,922.68),” katanya pada video berkenaan.
Ia mendapat maklum balas pengguna media sosial di Indonesia yang menyifatkan pelaburan menerusi emas memberi keuntungan kepada pembeli jika digadai pada masa depan.
“Bukan cuan (untung) kocak, nilainya tetap sama. Makanya investasi (pelaburan) di emas kerana bebas inflasi,” komen pengguna TikTok @Cwlndr.
“Investasi emas itu jangka panjang baru terasa untungnya. Jangan beli emas hari ini terus dijual bulan depan. Ya gak bakal untung,” komen @Darma.
“Itulah enaknya investasi emas. Selain harganya naik terus, dijual lagi juga enak dan cepat dibandingkan investasi rumah dan tanah,” kata @Khanza. – KOSMO! ONLINE
@tokomasgintarbrayanTidak bisa berkata kata lagi😭😭😭😭😭 ibu ini menjual simpanan emas nya yg dibeli thn 2001 sampai 2026 beli = 41 jt Jual = 927 jt Cuan 886 jt MELEDAKK🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥














