fbpx
REAL tersisih daripada kelompok lapan pasukan elit apabila gagal melayakkan diri secara automatik pada saingan UCL. - AFP

UCL: Real hadapi kejutan besar di Lisbon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LISBON – Real Madrid berdepan kejutan terbesar apabila mereka terpaksa mengharungi aksi playoff selepas gagal menempatkan diri dalam kelompok lapan teratas saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Ia berikutan Los Blancos mengalami kekalahan mengejut 2-4 di tangan Benfica pada aksi terakhir saingan liga sepusingan (round-robin) yang berlangsung di Estadio Da Luz awal pagi semalam.

Jurulatih Real, Alvaro Arbeloa sedia untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan itu selain menegaskan, mereka masih memiliki peluang untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

“Saya bertanggungjawab atas kekalahan ini, sama seperti ketika kami berdepan Albacete. Apabila keputusan tidak seperti yang diharapkan, memang saya perlu memikul tanggungjawab tersebut.

“Bagaimanapun, kami masih belum tersingkir sepenuhnya kerana ada dua perlawanan (playoff) perlu diharungi selepas ini. Kami perlu melakukan persiapan sebaiknya bagi menghadapi dua perlawanan itu,” katanya.

Pada perlawanan itu, Kylian Mbappe meledak dua gol buat Real, manakala gol Benfica dijaringkan Andreas Schjelderup, Vangelis Pavlidis dan Anatoliy Trubin selain menyaksikan Raul Asencio dan Rodrygo dilayangkan kad merah.

“Sudah tentu kami marah dengan keputusan seperti ini tetapi kami sedar ia bukan satu perlawanan yang mudah. Secara jujur, kami perlu mengaku mereka bermain lebih baik hari ini (semalam),” ujar Arbeloa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI