fbpx
Anwar ketika turun padang melawat tapak sambutan Thaipusam di Gombak hari ini.

Selepas solat Jumaat, PM tinjau persiapan Thaipusam di Batu Caves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini mengadakan tinjauan ke pekarangan Kuil Sri Maha Mariamman, Batu Caves, Gombak bagi melihat sendiri persiapan penganut Hindu menjelang sambutan Thaipusam yang akan berlangsung pada Ahad.

Tinjauan berkenaan dilakukan sejurus beliau menunaikan solat Jumaat di Gombak, dengan fokus utama diberikan terhadap aspek keselamatan, kebersihan dan keselesaan bagi memastikan penganut Hindu dapat menjalankan ibadat dalam keadaan teratur dan selamat.

Menurut Anwar, lawatan itu memperlihatkan dengan jelas kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama yang hidup dalam suasana harmoni.

“Kepelbagaian budaya dan agama inilah yang mengikat kita dalam semangat perpaduan. Ia mesti terus dipelihara dengan menolak sebarang usaha menanam bibit kebencian, perpecahan dan prasangka antara kaum dan agama,” katanya menerusi satu hantaran.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas sambutan mesra daripada pihak pengurusan kuil, para penganut Hindu serta pengunjung yang hadir.

“Keramahan yang ditunjukkan mencerminkan semangat muhibah yang menjadi tunjang kekuatan negara kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar sambutan Thaipusam kali ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan ketenangan kepada seluruh penganut Hindu di negara ini.

Thaipusam merupakan perayaan keagamaan penting bagi penganut Hindu yang disambut setiap tahun dengan tumpuan utama di Batu Caves, Selangor.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN