fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sebuah masjid di Desa Jejalenjaya, Bekasi. - TikTok

Penduduk pindah, tak tahan masjid kerap minta sumbangan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Bekasi, wilayah Jawa Barat berpindah  beramai-ramai kerana tidak tahan dengan pembesar suara masjid yang kerap meminta sumbangan setiap hari, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Desa Jejalenjaya, daerah Tambun Utara. 

Rakaman video dikongsi di platform TikTok oleh akaun @versaile0 memaparkan suara seorang lelaki sedang membuat pengumuman melalui mikrofon dan pembesar suara masjid pada waktu pagi.

Penduduk tempatan berkata, mereka berpindah untuk mencari ketenangan selepas diganggu selama dua tahun. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 122,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Umat Islam tidak boleh mengganggu dan harus menghormati antara satu sama lain,” kata seorang netizen. 

“Saya pernah memberi teguran, kini saya dipanggil setan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN