fbpx
Declan Lambert meraikan jaringan yang dilakukan bersama rakan sepasukan pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Liga Super: KL City sangkut ‘roadblock’ PDRM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Harapan Kuala Lumpur City (KL City) untuk kembali memintas Selangor FC dengan menghuni tangga kedua tidak kesampaian selepas seri 1-1 ketika bertemu PDRM FC di Stadium MP Selayang sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The City Boys membariskan kesebelasan terbaik dengan Safawi Rasid, Kpah Sherman dan Paulo Josue mengetuai jentera serangan.

Kedua-dua pasukan serangan pada awal saingan tetapi tuah lebih memihak kepada tuan rumah yang meraih jaringan hasil penyudah Elisha Oluwasegun untuk menewaskan Quincy Julian Kammeraad.

Tersentak dengan gol tersebut, KL City cuba untuk bangkit dan berjaya melakukan ancaman ke kubu The Cops tetapi beberapa percubaan daripada Josue dan Zhafri Yahya gagal menerjah jaring.

Penjaga gol PDRM, Nor Hakeem Hamidun akhirnya tewas apabila pemain pertahanan, Declan Lambert dari luar kotak penalti pada minit ke-62 dan kedudukan 1-1 kekal hingga wisel penamat ditiupkan.

Keputusan ini memastikan KL City kekal dengan kedudukan ketiga Liga Super apabila ketinggalan satu mata di belakang Selangor FC dengan perbezaan satu mata.

Sementara itu, PDRM FC pula kekal di kedudukan tercorot apabila mengutip tujuh mata selepas 16 perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI