fbpx
TANGKAP layar video yang tular memaparkan seorang lelaki mencuri duit tabung derma di sebuah kuil di Senai pada 19 Januari lalu.

Lelaki curi wang derma dalam kuil dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Polis menahan seorang lelaki yang mempunyai kerana menceroboh dan mencuri dalam sebuah kuil di Senai di sini pada 19 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan polis berkenaan kejadian tersebut daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun pada pukul 9.40 malam pada hari berkenaan

Katanya, kejadjan tersebut dipercayai berlaku pada hari yang sama pukul 7.30 malam sebelum kejadian itu tular dalam media sosial yang memaparkan seorang lelaki mencuri wang derma di sebuah kuil Hindu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun di rumah kediamannya di Bandar Putra di sini pukul 5 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dengan 31 rekod melibatkan pelbagai kesalahan jenayah dan narkotik.

“Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 1 Februari ini untuk membantu siasatan. Kes disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,”katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN