fbpx
Anwar ketika hadir menunaikan solat jumaat di Masjid Ar-Rahimah, Batu Caves hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

‘Ketua setiausaha, pengarah, Jemaah Menteri…mereka ini perlu dipantau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Perdana Menteri mahu penguatkuasaan dan tindakan undang-undang perlu menyeluruh bukan sahaja di peringkat Persekutuan malah sehingga pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ini kerana kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, beberapa kelemahan dan salah laku tatakelola wujud pada setiap peringkat bermula di agensi Persekutuan, negeri sehingga PBT.

Jelas beliau, langkah penguatkuasaan itu bagi memastikan kelemahan pelaksanaan dapat diperbaiki demi kepentingan rakyat dan negara.

“Kerosakan selalunya bermula berpunca daripada atas, sebab itu saya tekankan penguatkuasaan di peringkat atasan seperti ketua setiausaha, ketua pengarah, pengarah-pengarah termasuk Jemaah Menteri. Mereka ini perlu dipantau dengan cukup teliti.

“Jadi mesti ada gerakan dan rancangan yang menyeluruh melibatkan seluruh kekuatan jentera (Persekutuan, negeri, PBT) baru boleh negara ini diperbaiki,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi telah membincangkan isu penguatkuasaan dan menegaskan supaya kerajaan tidak boleh mudah berpuas hati dengan tindakan awal yang telah diambil.

“Saya juga telah mengarahkan supaya tindakan yang diumumkan beberapa hari lalu diteruskan sehingga membuahkan hasil yang jelas dan positif, sama ada kepada rakyat mahupun negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN